|
GIS
adalah aplikasi komputer untuk pemetaan/geospatial
dan menganalisa sesuatu yang wujud dan
berlaku di persekitaran kita.
Teknologi GIS mencantumkan operasi
pangkalan data biasa seperti ‘query’ dan
analisis statistik dengan bentuk gambaran
yang unik iaitu peta.
Pengguna lebih mendapat gambaran yang
jelas melalui gambaran berbanding dengan
numerika yang sediada.
Dengan adanya teknologi ini,
perancangan dan ramalan kepada pembangunan/peristiwa
dapat digambarkan dalam bentuk simulasi
geospatial.
Teknologi
ini berkemampuan untuk mencipta peta,
memanipulasi maklumat, melihat senario
terkini, menyelesaikan masalah yang kompleks,
mempersembahkan idea-idea yang berguna dan
membangunkan penyelesaian yang efektif yang
tidak dapat dilakukan oleh kaedah lain.
Data-data geospatial yang dibangunkan
akan disalurkan kepada projek MaCGDI
disamping penggunaan untuk jabatan.
Data merupakan fakta mentah yang
diproses untuk menghasilkan maklumat.
Walaubagaimana pun hanya data yang
berkenaan dengan JPS akan dibangunkan untuk
aplikasi ini.
Setelah projek ini berjaya
dibangunkan, langkah seterusnya adalah
membolehkan aplikasi yang dibangunkan
diakses melalui internet. |