Profil
LATAR BELAKANG 

 

 

 

            Pada 10hb Mei 2001, MAMPU telah mewujudkan satu Jawatankuasa Data Dictionary Sektor Awam bagi menangani masalah ketiadaan satu definasi data yang piawai bagi sektor awam.  Masalah ini akan menyebabkan keperluan untuk mengintegrasi sistem-sistem maklumat antara agensi-agensi kerajaan terbantut dan keperluan mewujudkan suatu data dictionary piawai menjadi semakin kritikal.

          Untuk menangani masalah ini, enam (6) Kumpulan Kerja ditubuhkan di bawah Jawatankuasa Data Dictionary.  Kumpulan Kerja 4, salah satu daripada enam kumpulan kerja tersebut ditugaskan untuk mewujudkan data dictionary piawai bagi maklumat tanah dan GIS melalui Jawatankuasa Teknikal Standard MaCGDI.

          Jabatan Pengairan dan Saliran merupakan ahli dalam Jawatankuasa Teknikal Standard MaCGDI dan diberi tanggungjawab untuk menyediakan piawaian data dictionary bagi keperluan data hidrografi seperti maklumat sungai, pantai, pengairan, saliran, empangan dan hidrologi. Piawaian maklumat teknikal ini akan dijadikan asas kepada pembangunan tanah yang akan dihasilkan dalam bentuk peta GIS.

Teknologi Maklumat
Jabatan Pengairan dan Saliran
Jln. Sultan Salahuddin, 50626 Kuala Lumpur.
Tel.:603-26972428

Copyright©JPSMalaysia. All rights reserved.